Thursday 5 April 2012

Bhagat lelaki yang mengandung saudara kembarnya~ WEIRD!

Kisah yang satu ini memang benar-benar aneh dan diluar fikiran manusia dan sangat jarang ditemui. Sanju Bhagat adalah lelaki berasal dari India yang perutnya membesar sehingga kelihatan seperti hamil sembilan bulan. Bhagat sendiri yang tinggal di bandar Nagpur India ini merasa tidak boleh bernafas. Ia merasakan ada keanehan pada perutnya yang semakin membesar seperti orang hamil namun bingung akan kebenarannya. Suatu malam di bulan Jun tahun 1999 ia menjalani pembedahan untuk melihat ada apa di perutnya. Doktor yang membedahnyanya pada awalnya mengatakan bahawa ia menduga Bhagat menderita ketumbuhan ketikat mulai membedah perutnya.





Namun apabila ia membedah perut lelaki tersebut ia mendapati keanehan luar biasa. Ia membedah perut Bhagat semakin dalam dan beberapa liter cecair keluar dan akhirnya ditemukan sesuatu yang amat aneh. Pertama ia mencari tangan, kaki, kemaluan, bahagian rambut, dagu dan juga tangan. Sepertinya lelaki ini tengah melahirkan seorang bayi yang telah mati, namun bagaimana mungkin lelaki boleh melahirkan? Setelah doktor mengambil potongan tubuh di dalam perut Bhagat ternyata baru diketahui bahawa itu adalah saudara kembarnya.
al ini merupakan hal yang paling aneh dalam dunia perubatan yakni janin yang terperangkap dalam janin. Saudara kembar Bhagat masuk ke dalam perutnya ketika ia juga masih dalam kandungan dan terperangkap disana. Janin yang terperangkap itu berlangsung hidup sebagai parasit bahkan selepas kelahiran serta mengambil bekalan darah dari kembarnya dan bertambah besar sampai mengganggu kembarnya. Benar-benar sebuah kisah yang aneh dan mengerikan.
SHARING IS CARING~ 

2 orang sayang bii ya:

Unknown said...

Subhanallah.. Kuasa Allah SWT. Kejadian yg luar biasa.

biiya.iNilaH.DuNiaQue said...

@Miss Nurul Atikah nothing is imposibble for Him~ ^^,